97 ATAU 79 ?
top of page

97 ATAU 79 ?




Tamrin Tun Ghafar


Ahad - 10/07/2022

( 1 - 28 )



1. Jika berhadapan dan berbicara pasti ramai yang terpegun mendapati bagaimana insan yang diberi berbagai panggilan dan gelaran seperti 'atuk' , 'nyayuk' dan 'tak relevan' mempunyai tenaga dan pemikiran dan ingatan yang begitu dinamik seperti orang yang baru berumur 79 tahun bukannya 97 tahun


2. Mereka yang beranggapan negatif itu adalah terdiri dari kalangan yang mungkin tidak pernah berjumpa dan berbual dengan Tun justeru tidak tahu isi hati Tun sebenarnya berhubung negara dan bangsa


3. Mereka MEMBENCI Tun konon nya Tun tidak berbuat sesuatu untuk orang Melayu khususnya


4. Inilah yang dikatakan Tun MELAYU MUDAH LUPA - sebenarnya selama 22 tahun sebagai PM kali pertama terlalu banyak yang dilakukan


5. Tun , seperti Perdana Menteri lain sama ada sebelum atau selepas BUKAN lah maksum seperti Malaikat dqn Nabi yang tidak punyai sebarang kelemahan dan kesilapan


6. Melayu melenting apabila Tun menggelar mereka 'MALAS' - sebenarnya Tun mahu lebih ramai Melayu berjaya seperti bangsa lain , khususnya Cina ; Tun tidak rela melihat bangsanya merempat seperti pepatah :


KERA DI HUTAN

DI SUSUKAN

ANAK DI PANGKUAN

MATI KEHAUSAN


BERDIRI SAMA TINGGI

DUDUK SAMA

RENDAH


7. "APA ERTINYA KEMERDEKAAN JIKA BANGSA MASEH TERTINGGAL" - Tun Dr. Mahathir


8. Hari ini Ahad 10hb Julai Tun genap mencapai umur ke 97 ; marilah kita semua ketepikan sikap benci dan doakan agar ALLAH SWT memanjangkan umur dan kesihatan yang baik untuk beliau dan Tun Hasmah Ali yang akan mencapai umur ke 96 tahun pada hari Selasa 12hb Julai ini


9. Saya ingat tarikh lahir mereka kerana saya dilahirkan pada 11 hb Julai , 72 tahun yang lepas ; pertengahan antara Tun Mahathir dan Tun Hasmah


10. Tanpa teraju dan bimbingan Tun MUSTAHIL negara dapat mengubah corak pemerintahan apabila buat PERTAMA kali selepas Merdeka pada tahun 1957 rakyat khususnya orang Melayu tidak memilih Barisan Nasional yang dulunya Perikatan


11. Ini terbukti apabila Pilihanraya demi Pilihanraya yang diketuai oleh orang tertentu gagal menumbangkan Barisan Nasional - mereka TIDAK dapat kepercayaan dan sokongan pengundi Melayu


12. Sebagai Perdana Menteri buat kali kedua tangan Tun terikat ; Parti - Parti gabungan dibawah PH atau Pakatan Harapan punyai agenda masing - masing


13. Tun di'sabotaj' bukan saja oleh sebahagian Menteri - Menterinya bahkan disabotaj oleh Partinya sendiri , BERSATU sehingga digulingkan Mahiaddin dan Azmin Ali ekoran LANGKAH SHERATON jestru Tun hanya berada disana selama 22 bulan sahaja ; inilah kezaliman Mahiaddin dan Azmin terhadap Tun yang amat percaya kepada mereka berdua


14. Rakyat patut berbangga kerana buat pertama kali dalam dunia seorang yang sudah menjangkau umur lebih 95 tahun dilantik semula menerajui Negara


15. Ke Negara mana saja dilawati , sambutan yang diberikan kepada Negarawan ini amat hebat ; mereka menunggu pemikiran seorang pemimpin walaupun sudah lanjut berusia tapi penuh dengan pengelaman


16. 'ALLAH SWT memberi Malaysia Tun Dr. Mahathir walaupun dunia MEMERLUKAN nya' - itu adalah ayat yang dilafazkan oleh Recep Tayyip Erdogan , Presiden Turki yang amat digeruni dan dihormati oleh Barat


17. Majoriti rakyat masih terbayang SAMBUTAN LUAR BIASA Negara Indonesia yang dipimpin Presiden Jokowi dan Pakistan pimpinan Perdana Menteri Imran Khan - malah Tun telah dijadikan idola mereka


18. Semasa 22 bulan memerintah , kadar atau indek rasuah turun mendadak , Negara mula dipandang dan dihormati semula namun selepas digulingkan kadar rasuah terus meningkat tanpa henti seolah - olah tiada nokta


19. Sudahlah rakyat bawahan menderita akibat kos barangan yang memuncak , kini Kerajaan BN pimpinan Ismail Sabri Yaakub MENARIK semula subsidi minyak masak , ayam dan telur tapi dalam masa sama Kerajaan BERSETUJU gaji Pengurusi dan Ahli Lembaga Pengarah GLC seperti Felda dan FGV dinaikan


20. Sepatutnya konsep "Keluarga Malaysia' yang diciplak dari idea Dr. Wan Azizah semasa beliau didalam Kabinet Tun selama 22 bulan itu dipraktikan BUKAN sekadar retorik atau sedap mulut sahaja


21. Yang miskin terus menderita dan yang kaya dan berada , samada punca pendapatannya halal atau haram terus berbahagia dan berbangga - kenaikan kos sara hidup langsung tidak menjejaskan mereka


22. Sepatutnya jika Kerajaan benar BERJIWA RAKYAT , sekurang - kurangnya POTONG GAJI Menteri kepada 50% dan BUANG 50% Ahli Kabinet yang terlalu besar dan tak berfaedah - kebanyakan mereka adalah 'dead wood' yang boleh dijadikan kayu pembakar sahaja


23. Jika Mahiaddin GAGAL , Ismail yang menggantikannya MESTI BERANI BERTINDAK untuk rakyat , jika tidak bak kata seorang pemimpin UMNO Negeri Johor , Perdana Menteri yang paling lemah sejak Merdeka


24. SEBENARNYA BUAT MASA INI NEGARA PERLUKAN SEORANG PEMIMPIN YANG PENUH DENGAN PENGELAMAN DAN IDEA WALAUPUN SUDAH MENCAPAI UMUR 97 TAHUN TAPI MASEH BERTENAGA DARI MEREKA YANG TERLALU RETORIK DAN SIBUK MERANCANG UNTUK NAIK KE ATAS WALAUPUN MUDA


25. Jadikan Tun yang penuh dengan pengelaman sebagai bapa yang akan mendidik orang muda untuk menggambil alih kepimpinan negara


26. Bak pesan arwah ayah saya , Tun Ghafar Baba , mereka yang sibuk merancang naik keatas pasti tidak akan berjaya - SKIMMER CAN NEVER BE SUCCESSFUL


27. 'Apa Yang

Di Rancang

TIDAK Akan

Dapat


Apa Yang Dapat

Tak Pernah

Di Rancang


28. 'SELAMAT HARI JADI TUN DAN TUN HASMAH SEMOGA ALLAH SWT PANJANGKAN UMUR DAN BERI KESIHATAN YANG BAIK' dan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA



Wassalam

Terima Kasih

991 views10 comments

Related Posts

See All

THE MALAY PROCLAMATION

Forget Mahathir, Anwar, Muhyiddin, Zahid or Ismail Sabri. Forget Umno, PAS or any other Malay political parties, institutions, NGOs or any Mat or Minah that proclaims itself or themselves to speak for

bottom of page