UMNO : emosi mengemudi kerasionalannya.
top of page

UMNO : emosi mengemudi kerasionalannya.



1.Ini idea kartun. Seolah2 tak mengenali perlembagaan parti.

Lebih teruk, menggambarkan keinginan nafsu bagi berpapah pada jawatan Tim.Presiden.


2. Mahu memohon dengan RoS, untuk mempastikan supaya pilihan raya, enam bulan selepas PRU.

Pilihan raya mana?


3. Adakah UMNO akan melakukan pemilihan kepimpinan selepas enam bulan PRU diadakan?

Persoalan yg timbul, bolehkan jadi begini?

Mengapa?


4. Lihat perlembagaan UMNO.

Dalam perlembagaan yang ada, UMNO perlu mengadakan pemilihan kepimpinan setiap tiga tahun sekali.


5. Ianya meliputi pemilihan dari peringkat cawangan, bahagian hingga MKT.

Termasuk juga pemilihan bagi kepimpinan sayap parti, iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri.


6. Cuba kita lihat, tentang pilihan raya di negara Malaysia.

Pilihan raya dibuat dalam masa lima tahun sekali.

Maknanya, maksimum lima tahun.

Dewan Rakyat akan terbatal secara automatik, bila mencukupi lima tahun.

Usia Dewan Rakyat, dikira, bermula dari persidangan pertama dewan, selepas pilihan raya.


7. Perlembagaan Malaysia, Perkara (55), memperuntukkan hanya YDPA sahaja yg boleh memanggil sidang Dewan Rakyat.


8. Sidang pertama sesuatu Dewan Rakyat hendaklah diadakan dalam masa 120 hari, selepas pilihan raya.


9. Bila membandingkan tarikh pemilihan kepimpinan di dalam UMNO dengan waktu perlu diadakan pilihan raya umum.

Jelas sekali cadangan Tok Mat yang mahu pemilihan UMNO, dilakukan selepas enam bulan diadakan PRU, tidak praktikal.

Tidak boleh dilaksanakan, berdasarkan perlembagaan UMNO itu sendiri.

Itu tersangat jelas lagi nyata.


10. Kehendak Tok Mat ini tidak dapat dilaksanakan, kerana pemilihan kepimpinan UMNO tiga tahun sekali.

Sedangkan PRU selama lima tahun sekali.


11. Untuk memenuhi nafsu besar Tok Mat, yang ingin terus memegang jawatan Tim. Presiden UMNO itu, maka perlembagaan parti perlu dirombak dan diganti.

Begitulah besarnya cita2 Tok Mat, dalam mempertahan kedudukan di dalam UMNO.


12. Barangkali tidak salah, kalau meminjam kenyataan YB Nazri Aziz, bahawa Tok Mat mahu disegerakan pembubaran Dewan Rakyat dan diadakan PRU15 seberapa segera. Katanya Tok Mat begitu ghairah ingin menjadi Perdana Menteri.

Kata pepatah- lagi terang, lagi bersuluh.

Barangkali, itulah hasrat sebenar Tok Mat.

Cuba membungkus keinginan nafsu, tapi Nazri dan pemain politik dapat mengimbaunya.

Berkilat ikan di air, sudah tahu jantan betinanya.


13. Untuk memenuhi nafsu Tok Mat itu, perlembagaan UMNO dalam hal pemilihan kepimpinan ini perlu dirombak dan diubah.

Pemilihan kepimpinan UMNO diadakan enam tahun sekali.

Seseorang itu, termasuk Tok Mat, yang memang jawatan Tim.Presiden sekarang, boleh berkapok di jawatan itu selama 6 tahun.

Mengapa?


14. Bila pemilihan kepimpinan UMNO sudah menjadi enam tahun sekali, maka barulah sesuai dengan usia sesebuah usia parlimen.

Contohnya, usia Parlimen ke14, berakhir pada Jun 2023, mencukupi lima tahun.


15. Jadi, bila usia kepimpinan UMNO kekal selama enam bulan, barulah selaras dengan usia Dewan Rakyat.

Misalnya, pemilihan kepimpinan UMNO, enam bulan selepas PRU

Jadi pemilihan UMNO boleh diadakan pada bulan keenam bagi Dewan Rakyat penggal yang baru.

Begitulah jadinya kepada UMNO, sekiranya mahu memenuhi atau menyesuaikan nafsu serakah Tok Mat dalam menggenggam jawatan.


16. Sekiranya, ketua sayap seperti Ketua Pemuda dan Ketua Puteri, yang menjadi seperti algojo kepada Tok Mat semasa Pesta-pestaan UMNO (16-19 Mac), tetap menuokong idea karut tersebut.

Maka alamatlah perjuangan Puteri dan Pemuda akan menuju kegelapan dalam fikiran yang sangat bercelaru

Lebih teruk, mereka akan menjadi seperti kerbau dicucuk hidung.

Akar fikir dan jalar fikir mereka menjadi lembam lagi bebal.

Maka seluruh pergerakan sayap itu akan menjadi bonsai.


17. Tidak sudah tidak ada pilihan lagi.

Pemilihan kepimpinan parti perlu disegerakan.

Kalau membiarkan parti dipimpin seorang Timbalan seperti Tok Mat ini. Maka UMNO cuba dibawa mengikut emosinya. Beliau membiarkan emosi mengemudi kerasionalannya.

Parti akan jahanam. Apatah lagi dengan Ketua Puteri dan Ketua Pemuda yang akar fikir dan jalar fikir mereka dirimbuni asap ketaksuban yang melampau.


18. Maka itu, ahli2:UMNO, jangan sesekali terperangkap dengan permainan jijik Tok Mat ini.

Saya percaya, Mahadzir Khalid, Annuar Musa, Nazri Aziz, Khairy Jamaluddin, Shahidan Kassim, Tajuddin Rahman, Noh Omar sekadar beberapa nama yang mampu menyekat nafsu Tok Mat untuk menggeggam UMNO.


19. Oleh kerana, barisan kepimpin UMNO sekarang, hanyalah dilanjutkan tempuh atas sebab tertentu.

Sebenarnya usianya telah lama berakhir.

Mereka boleh dianggap sebagai 'care taker' sahaja.

Oleh itu, eloklah dikembalikan mandat kepada ahli2:UMNO.

Tok Mat pun banyak bercakap soal maruah dan harga diri.

Untuk membuktikan dia benar bermaruah dan punyai harga diri. Eloklah beliau memanggil pemilihan parti disegerakan.

Ada berani?

Hanya keberanian memanggil pemilihan UMNO sahajalah, yang membuktikan Tok Mat punyai maruah dan harga diri.


KAMARAZAMAN YACOB

20032022.

272 views0 comments

Related Posts

See All

THE MALAY PROCLAMATION

Forget Mahathir, Anwar, Muhyiddin, Zahid or Ismail Sabri. Forget Umno, PAS or any other Malay political parties, institutions, NGOs or any Mat or Minah that proclaims itself or themselves to speak for

bottom of page