A step towards a unity among Opposition parties
top of page

A step towards a unity among Opposition parties



Dr Mahathir Akan Wujudkan Gerakan Pejuang Nasional Di Kalangan Parti Pembangkang

Read Time:1 Minute, 54 Second Dr Mahathir Akan Wujudkan Gerakan Pejuang Nasional Di Kalangan Parti Pembangkang Sebelum ini Edisi Siasat melapurkan mengenai perjumpaan antara PN dan PH di Pulau Carey, Selangor. Tujuan perjumpaan adalah untuk membincangkan kerjasama antara PH dan PN. Namun dari maklumat yang diterima, hasil pertemuan tidak seperti yang mereka harapkan. Terlalu banyak ketidaksefahaman yang menjadi penghalang kerjasama antara mereka. Kini muncul pula pilihan kedua untuk mereka. Satu lagi kerjasama politik yang sedang cuba digerakkan oleh Pengerusi Pejuang, Dr Mahathir. Beberapa parti telah menunjukkan minat untuk menyertai Gerakan Pejuang Nasional (GPN) yang akan digerakkan oleh Dr Mahathir. Parti-parti tersebut ialah Pejuang, Warisan, PPBM, PAS dan Gerakan. GPN juga dikatakan akan disertai oleh beberapa tokoh politik seperti Daim Zainudin dan Rafidah Aziz. Namun dilapurkan beberapa parti dalam PH seperti DAP, PKR, PAN dan MUDA dijangka akan terus kekal dalam PH. Sekiranya ini berlaku, maka dalam PRU 15 akan menyaksikan pertembungan sekurang-kurangnya 3 penjuru antara BN, PH dan GPN. PH, gabungan antara DAP, PKR, PAN dan MUDA akan menumpukan perhatian kepada pengundi bukan Melayu.

Manakala GPN, gabungan antara Pejuang, Warisan, PPBM, PAS, Gerakan dan Piagam Rakyat pula akan menumpukan perhatian kepada pengundi Melayu. Kedua-dua gabungan ini, GPN dan PH bagaimana pun akan bergabung untuk membentuk kerajaan sekiranya memenangi PRU 15 nanti. Penipu Yang Sama Tetapi Datang Dengan Cara Yang Berbeza Dalam artikata lain, ianya adalah strategi yang bersifat politik dan bermatlamatkan kuasa semata-mata. Selepas mendapat kuasa, rakyat akan dibiarkan menderita. Kita sudah laluinya selepas pemain politik yang sama dibeeikan mandat selepas PRU 14. Kini muka yang sama tampil dengan cara yang berbeza untuk mengelirukan kita!!! Matlamat utama adalah untuk menghalang BN dari membentuk kerajaan pasca PRU 15 nanti. Sekiranya BN mahu meneruskan momentum kemenangan di pilihanraya, tiada pilihan, PRU 15 mesti dilakukan seberapa segera yang mungkin. Semakin lama memberikan masa, hanya akan semakin memberikan keserasian kepada musuh politik BN untuk menumbangkan BN di PRU 15. Dr Mahathir Akan Wujudkan Gerakan Pejuang Nasional Di Kalangan Parti Pembangkang

359 views2 comments

Related Posts

See All

THE MALAY PROCLAMATION

Forget Mahathir, Anwar, Muhyiddin, Zahid or Ismail Sabri. Forget Umno, PAS or any other Malay political parties, institutions, NGOs or any Mat or Minah that proclaims itself or themselves to speak for

bottom of page