BERAMBUS? SIAPA ORANG LUAR?
top of page

BERAMBUS? SIAPA ORANG LUAR?



BERAMBUS..??

SIAPA ORANG LUAR..???


TIADA ISTILAH 'DERHAKA' PADA RAJA-RAJA MELAYU.. KERANA MEREKA ADALAH MAKHLUK BUKAN TUHAN..


Untuk makluman Istana Johor.. khasnya Sultan Johor..


Setiap WARGA Malaysia.. TIDAK boleh di istihar atau dianggap sebagai ORANG LUAR.. tak kira samada mereka itu datang kerana URUSAN dan bukan pun menetap di Johor sepenuh masa atau pun yang sememangnya menetap dalam Johor..


Kerana semua warga @ rakyat termasuk yang menetap di Johor.. dibekalkan dengan satu pengenalan yang dinamakan KAD PENGENALAN MALAYSIA (MYKAD).. yang terang2 bermaksud pemegangnya adalah WARGANEGARA MALAYSIA yang SAH TARAF..


Malah dalam Kad Pengenalan itu.. tidak tercatit pun nama BANGSA.. kecuali agama dan jantina pemilik KP berkenaan..


Walau bagaimanapun..


Istilah ORANG LUAR memang popular satu ketika dulu.. yang digunakan oleh SAMSENG-SAMSENG kampong.. dan istilah itu MANSUH sedikit demi sedikit setelah samseng2 itu mula CELIK.. CERDIK dan SEDAR DIRI..


Namun demikian..


Istilah orang luar masih BOLEH DIGUNAKAN terhadap WARGA NEGARA lain di Dunia ini yang memasuki Malaysia sebagai PELANCUNG ataupun yang akan MENETAP di Johor atau mana2 negeri dalam Malaysia..


Mungkin kehadiran orang luar itu kerana urusan pekerjaan dan perniagaan.. atau pun memiliki HARTANAH di negara ini..


Di Johor.. KEBANJIRAN ORANG LUAR adalah sesuatu yang diperkenankan oleh Istana Johor sendiri.. setelah pemilik FOREST CITY mula menghuni rumah masing2..


Sama-sama kita saksikan..


Adakah mereka yang di FOREST CITY itu kelak akan dianggap ORANG LUAR luar ataupun akan memiliki PENGENALAN sebagai PENDUDUK TETAP (PR) d Malaysia.. yang kemudiannya tidak mustahil akan MERASAKAN diri mereka sebagai sebahagian dari BANGSA JOHOR yang BARU..


Oleh itu..


Istana Johor perlu berhati-hati dari berkata sesuatu tanpa menggunakan CERDAS AKAL.. yaani bijak menggunakan budibicara sebagai Raja..


Kerana semua RAJA-RAJA MELAYU di negara ini adalah RAJA BERPELEMBAGAAN.. iaitu Raja yang TERTAKLUK kepada PERLEMBAGAAN.. BUKANNYA RAJA MUTLAK..


Malah kedudukan atau TARAF JAWATAN Raja-Raja di dalam INSTITUSI KESULTANAN di negeri-negeri dalam Mslaysia ini.. adalah TARAF JAWATAN yang dicipta oleh PERLEMBAGAAN NEGARA..


Semua warga negara termasuk Raja-Raja Melayu WAJIB MENGHORMATI Perlembagaan tersebut.. tanpa MAHU dan DIBENARKAN untuk MEMPERLEKEHKAN isi kandungan yang tercatat didalamnya.


Allahu Akhbar..

Allah Maha Besar dan BERKUASA..

Semua makhluk tidak mempunyai kuasa sesama makhluk..


Sekian..


Eddie Adam Benjamin..


Sila share demi membetulkan sesuatu yang tidak betul..

3,552 views0 comments

Related Posts

See All

The country is ok.

From a Melbourne distance, I use to see Malaysia from the perspective of the lurid headlines and selected stories highlighted by vested interests on social media, whose focus is to destabilize our nat

bottom of page