Blogger Menolak dan Hilang Kepercayaan Terhadap YDPA.
top of page

Blogger Menolak dan Hilang Kepercayaan Terhadap YDPA.



Hina Agong : Budaya kebencian semakin parah

  • SEMASA

  • Amir Hamzah Nordin

  • Tuesday, 4 January 2022, 6:18 pm

  • 5 minutes read


JERANTUT, 4 Januari 2022 – Perbuatan mengeluarkan kenyataan memohon Yang Di Pertuan Agong (YDPA) Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah meletak jawatan menunjukkan budaya kebencian di kalangan rakyat semakin parah.

Budaya suka menghina, merendah-rendahkan orang lain, menghasut orang lain sudah menjadi barah tahap kritikal dalam masyarakat Malaysia dan sesuatu perlu dilakukan segera. Pemilik laman sosial Facebook STEADYAKU67 mengeluarkan kenyataan menghasut rakyat supaya menandatangani petisyen untuk menolak dan hilang kepercayaan terhadap Yang Di Pertuan Agong (YDPA) pada 3 Januari lalu.

Ini tangkap layar daripada akaun facbook STEADYAKU47Exco Kebajikan Kerabat Pahang, Datuk Wan Zamzuri Wan Hasenan berkata, budaya biadap, tidak menghormati orang lain dan institusi beraja amat membimbangkan.



“Mereka berani buat kerana tiada tindakan tegas untuk mengajar kalau orang Melayu dulu-dulu kalau kurang ajar memang kena rotan la. Zaman sekarang kalau rotan anak boleh sampai ke penjara. “Jika di luar negara “Hate Speech” apatah lagi menghasut orang membenci orang lain diambil tindakan amat tegas sehingga tiada maaf.

“Oleh kerana kenyataan yang dikeluarkan itu melalui laman sosial Facebook, diminta pihak berwajib menyiasat dengan segera pemunya akaun itu, STEADYAKU47 dan dibawa ke muka pengadilan siasat siapa dalang disebalik in.

“Usul menandatangani petisyen itu terhadap YDPA sebagai satu usaha untuk memecah-belah perpaduan rakyat negara ini serta boleh mencetuskan api kemarahan seluruh rakyat di negara ini,” katanya ketika dihubungi.

Wan Zamzuri Wan Hasenan semasa membuat laporan polis di IPD Jerantut, hari ini Ahli Keluarga Che Wan Ulu Tembeling, Wan Zakaria Wan Awang berkata, beliau mengutuk sekerasnya-kerasnya kenyataan di laman sosial Facebook yang menghasut rakyat. “Selepas membaca hantaran di laman sosial Facebook STEADYAKU47 di rumah Taman Pedah Jaya semalam, saya terpanggil bersama ahli keluarga Che Wan Ulu Tembeling dan bandar ini membuat laporan polis kerana kami amat kecewa serta mengutuk keras kenyataan pemilik akaun tersebut.

“Pemilik akaun tersebut telah menghina institusi Raja Berperlembagaan kerana menghasut orang ramai yang boleh mencetus keharmonian negara,” katanya selepas membuat laporan di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut di sini, hari ini.



Wan Zamzuri Wan Hasenan semasa membuat laporan polis di IPD Jerantut, hari ini

Wan Zakaria mengetuai seramai 10 orang ketua Keluarga Che Wan dan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sini turut mempamerkan playcard dengan tertera ayat ‘Kami Pertahan Raja Kami’ dan ‘Ya Allah Selamatkan KBDYMM YDP Agong’ dan ‘Ya Allah Lindungilah Raja-raja Melayu’ di luar kawasan IPD tersebut.



Wan Zakaria mewakili 10 ketua keluarga Che Wan dan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sini turut mempamerkan playcard dengan tertera ayat ‘Kami Pertahan Raja Kami’ dan ‘Ya Allah Selamatkan KBDYMM YDP Agong’ dan ‘Ya Allah Lindungilah Raja-raja Melayu’ di luar kawasan IPD tersebut.

“Kami keluarga Che Wan Ulu Tembeling memohon supaya pihak polis menyiasat dan mengambil tindakan terhadap pemilik akaun Facebook tersebut dan juga individu yang mewujudkan petisyen berkenaan,”








452 views0 comments

Related Posts

See All
bottom of page