Dari Jendela Ini…
top of page

Dari Jendela Ini…










Dari Jendela Ini…

Dari jendela ini Aku melihat ragam pelbagai Kisah dan ceritera watan tercinta Sengsara dan sandiwara pelbagai rupa Bagai ada yang tak kena tak sekata Bagai mengajak minda mendakap melankolia

Dari jendela ini Aku melihat betapa senang orang berkata Pemimpin bagai hilang deria pada sengsara Hidup mewah tak kisah segala perkara Menjadi peraga menonjol menghiris jiwa lara Mengungkapkan kata menjelma ego bongkaknya Ikat perut, kurang belanja bagai menjadi mantra Tapi rakusnya pada harta benda begitu ketara

Dari jendela ini Aku melihat betapa mudahnya bermain bicara Politikus memasang muslihat sepanjang masa Isu bangsa, agama menjadi umpan berbisa Demi kelangsungan kuasa, dimanipulasi jiwa jelata Bila kuasa dalam genggam, timbul realiti puaka Anak praja menurut arah, mengharap dibela bangsa Namun menang sorak kampung tergadai segala

Dari jendela ini Aku melihat cara pemimpin jalan kuasa Megah bergaya lupa segala amanah tiada Bagai tidak ada daya mengubah nasib negara Ungkapan gah bagai retorik bernasnya tiada Bagai sudah terhantuk baru tergadah buka mata Masing-masing sibuk kekal kuasa rebut kuasa Tak mati semut dipijak menjelang pilihanraya

Dari jendela ini Aku melihat bagai watan meronta minta dibela Melihat anak-anaknya antaranya melarat papa Golongan gila kuasa gila harta merata-rata Ramai yang kaya mendapat segala terkunci mulutnya Anak muda bangkit bersuara dihalang berbicara Yang miskin hidup derita bagai hilang punca Diaju berjimat cermat, sokong pemimpin berkuasa Wang dicetak mengundang inflasi rakyat derita Akan ditabur sedikit-sedikit dituntut mengenang jasa

Dari jendela ini Aku hanya mampu menadah tangan pada pemilik segala Biarlah ada hati perut golongan rakus yang kaut segala Biarlah watan kembali segar dijulang di mata dunia Biarlah anak watan terpelihara tiada lapar derita Biarlah ikatan perpaduan menjadi kekuatan negara Biarlah insaf pemimpin rakus mula laksana kerja Biarlah disekat budaya korupsi penyangak durjana Biarlah hilang musibah, terpelihara negara tercinta.

Mengharapkan kilauan sinar cahaya, Gurcharan Singh Petaling Jaya 4 Julai 2022

567 views3 comments

Related Posts

See All

The country is ok.

From a Melbourne distance, I use to see Malaysia from the perspective of the lurid headlines and selected stories highlighted by vested interests on social media, whose focus is to destabilize our nat

bottom of page