KERANA SAYANG
top of page

KERANA SAYANG

Updated: Jan 17, 2022




Kerana sayang,

Aku tegur.....

Aku kritik.....

Aku marah.....

Aku cetus rasa kesal.....


Aku mau Melayu itu....

Tetap kukuh teguh memegang agama,

Tegak tinggi peribadi mulia,

Luhur budi pekerti,

Berani berkata benar,

Adil bila berhukum,

Bijaksana bila berunding-bicara,

Rajin kuat berusaha,

Dalam dan luas ilmu pandangan,

Di depan memimpin memberi harapan,

Di tengah memberi contoh teladan,

Di belakang memerhati memberi teguran,

Amanah tetap dijulang.


Tapi kini.....

Akar Melayu bagai dimakan anai-anai,

Amanah diberi tidak tertunai,

Masing-masing licik mengatur helah.....

Makin tinggi kedudukan....

Makin besar dibaham.


Eh....rakyat jangan salah faham,

Katanya......

Ini bukan rasuah,

Ini bukan cuci wang haram,

Ini hanya proses mencipta peluang.


Kini Melayu sudah layu,

Sudah terkikis rasa malu,

Kes-kes mahkamah bagai pesta-pestaan,

Disokong sorak-sorai,

Gerombolan yang ramai,

Bertempik menyokong,

Demi Melayu....

Demi Melayu....

Demi Melayu....


Aduhai......

Ke mana aku hendak menghalakan muka,

Serata dunia sudah tertera berita,

Kisah negara.....

Mencapai kejohanan dunia.


ABY

12 Januari 2022

194 views0 comments

Related Posts

See All
bottom of page