KESIAN RAKYAT KELANTAN
top of page

KESIAN RAKYAT KELANTAN



Tamrin Tun Ghafar


Sabtu - 26/03/22

( 1 - 24 )



1. Sudah hampir 65 tahun Merdeka namum Kelantan masih JAUH ketinggalan jika dibandingkan dengan negeri - negeri lain diMalaysia


2. 'SERAMBI MEKAH' - itu gelaran yang diberikan oleh tokoh - tokoh PAS ketika itu - apakah Islam memang mahukan penghanutnya hidup daif seperti yang kita lihat atau gelaran itu hanya gimik politik sahaja


3. Dari segi sosial negeri Serambi Mekah ini mencatatkan kemunduran yang amat ketara :


i. Jumlah kemiskinan dan penceraian terlalu tinggi begitu juga dengan salah guna dadah , kes buang anak dan pembunuhan


ii. Sampah sarap bersepah dan berbau busuk , ianya tidak diurus dengan baik


iii. Pembangunan Negeri ibarat kura - kura yang tempang malah lebih teruk lagi dari itu


4. Kehidupan harian rakyat TIDAK DI BELA , yang senang dan mewah ialah Wakil - Wakil Rakyat Parti pemerintah - PAS


5. Hampir setiap hari rakyat DI LALAIKAN dengan Fatwa dan Hadis yang tak pasti kebenaran nya


6. Umum yakin jika disiasat dan diselidik pasti ramai diantara Wakil Rakyat PAS boleh diheret keMahkamah atas isu salahguna kuasa dan rasuah


7. Di Kuala Lumpur dan Bandar - Bandar Besar selain dari orang 'ASING' yang tidak ada permit atau menyalahguna permit mereka seperti dari Bangladesh , Myanmar, Nepal dan Indonesia , kehadiran rakyat Kelantan pun begitu ramai membanjiri Bandar - Bandar tersebut


8. Kehadiran orang 'ASING' yang begitu ketara membuktikan kegagalan 'Enforcement Officers' atau mereka sememangnya TERLIBAT dengan rasuah


9. Kebanjiran '0rang Kelantan adalah MANIFASTASI KEGAGALAN pemimpin - pemimpin PAS sejak diamanahkan rakyat


10. Setiap kali Pilihanraya pengundi - pengundi 'luar' akan dikumpul dan disediakan pengangkutan berserta 'allowane khas' oleh puak - puak PAS


11. Oleh kerana takut termakan sumpah dan takut tak masuk syurga maka mereka yang berjumlah melebihi 1 juta penggundi akan mengekalkan pemerintah yang ada


12. Mereka ini SANGGUP melihat keadaan rakyat Kelantan yang terumbang ambing seperti sabut kelapa di laut asalkan DAPAT UPAH


13. Rakyat maseh ingat Wakil - Wakil Rakyat mereka bermewah membeli kereta baru hasil bantuan RM400 juta oleh Kerajaan Pusat pimpinan Tun Dr. Mahathir beberapa tahun lepas


14. Yang sedang dibicarakan sekarang ialah SKANDAL tanah seluas 17 ribu ekar


15. Syarikat Sindiyan Sdn. Bhd dikuasai oleh 3 orang peniaga Cina dan seorang Melayu ( sila lihat lapuran yang disertakan )


16. SPRM dan POLIS , jika tidak disogok atau juga tidak terlina dengan nyanyian , mereka SEPATUT NYA SIASAT dan ambil segera tindakan kepada Kerajaan Negeri dan individu yang terlibat ; jangan anggap mereka yang berserban dan memberi kuliah bersih dari amalan rasuah


17. Parti inilah yang mula - mula bertanggong jawab memecah belahkan perpaduan kaum dengan menggunakan ayat - ayat Al Quraan dan Hadis


18. PAS membangkitkan kemarahan dan kebencian orang Melayu terhadap orang Cina khususnya DAP - malangnya maseh ada orang Melayu yang termakan dengan hasutan


19. PAS boleh melupakan perjuangan asalkan mereka dapat kemewahan


20. Lihat sajalah klip video ucapan Hadi dan gambar - gambar berpelukan dengan pemimpin - pemimpin DAP sewaktu mereka mahu menumbangkan UMNO/ BN tapi kini bak kata pepatah :


LAIN PADANG

LAIN BELALANG


LAIN HULU

LAIN PARANG


LAIN DULU

LAIN SEKARANG


21. Semoga Raja mereka terus bertahta di beberapa buah Istana baru termasuk yang maseh dalam pembinaan di Ampang Hilir , Kuala Lumpur


22. Bak kata seorang kawan dari Kelantan 'kan negeri Serambi Mekah kaya dengan segala hasil maksum yang boleh digunakan membina banyak lagi Istana , dan Wakil Rakyat pula diberi berbagai kemudahan'


23. Sama - sama kita tunggu 'FATWA' baru mereka kelak


24. ELOK LAH PEMIMPIN - PEMIMPIN KELANTAN TERUS BERCAKARAN SESAMA SENDIRI - peduli apa rakyat - yang penting 'aku'


Wassalam

Terima Kasih

196 views1 comment

Related Posts

See All

THE MALAY PROCLAMATION

Forget Mahathir, Anwar, Muhyiddin, Zahid or Ismail Sabri. Forget Umno, PAS or any other Malay political parties, institutions, NGOs or any Mat or Minah that proclaims itself or themselves to speak for

bottom of page