Kita sudah kalah. We have to make the best of our circumstances.
top of page

Kita sudah kalah. We have to make the best of our circumstances.



Dari beberapa posting-posting saya yang lepas, saya sudah jelas menyatakan pendirian saya bahawa Barisan Nasional sebaik-baiknya mengambil peranan sebagai 'His Majesty's Loyal Opposition'.


Namun, saya juga telah beberapa kali juga di tanya adakah dan apakah kelebihan jika BN bergabung dengan PH.


Ada.


Pertamanya, jika di bandingkan perwatakan Anwar dengan Muhyideen, Anwar lebih senang untuk bertolak-ansur. Beliau juga bukan seorang pedendam seperti Muhyideen. Anwar juga sanggup melakukan apa sahaja agar beliau merasa menjadi Perdana Menteri. Ini memberi ruang rundingan yang lebih luas kepada BN.


Keduanya, lanjutan dari point di atas, BN boleh meletakkan syarat supaya Ketua Peguam di ganti sebagaimana hak mana-mana Perdana Menteri. The AG serves at the King's pleasure on the advice of the Prime Minister.


Siasatan ke atas Hakim Nazlan semestinya di teruskan serta lapuran mengenai dakwaan bekas Ketua Peguam Tommy Thomas di beri pertimbangan dengan sepenuhnya dan tindakan susulan mesti di ambil untuk memulihkan keyakinan rakyat ke atas sistem perundangan dan kehakiman negara. Ini adalah amat kritikal untuk negara kita berfungsi sebagai sebuah negara bertamaddun moden menegakkan keadilan untuk kesemua rakyat, baik si miskin hingga ke bekas Perdana Menteri sekali pun.


Ketiga, kestabilan politik adalah lebih tinggi dengan PH yang memiliki 82 kerusi, beserta parti-parti GPS dan GRS.


Keempat, dari gabungan ini, ketiga-tiga pihak boleh ambil manafaat dari satu sama lain, umpamanya mading-masing belajar bagaimana untuk menjadi lebih relevan bagi pengundi untuk PRU16.


Kelima, dengan pemergian LGE dari tampuk kepimpinan DAP, dan sebagai rakan seKabinet, UMNO dan DAP boleh menggunakan peluang ulung ini untuk mengenali lebih dekat adakah betul (di dalam fikiran UMNO) DAP is a monster dan (di dalam fikiran DAP) betulkah UMNO ini is really a big bad monster.


Kelmarin saya ada menulis sebuah posting di mana saya mengatakan bahawa negara ini tidak akan mencapai potensi dengan sepenuhnya tanpa penglibatan dan kerjasama kaum Cina.


As Cabinet colleagues, UMNO can serve as a moderating influence on DAP. As they say, hold your friends close but hold your 'enemies' closer.


Perkembangan ini saya yakin boleh menjadi pembukaan untu era baru bagi negara kita yang majmuk ini. For a brighter future, together.


Jika BN gabung dengan Perikatan Nasional, dengan PH sebagai pembangkang sungguhpun mereka meraih jumlah kerusi tertinggi, polarisasi atau jurang antara kaum akan menjadi lebih besar dan ketegangan antara kaum Melayu dan Cina berkemungkinan bertambah buruk. PH voters akan lagi marah dan menyampah kepada kaum Melayu. This is extremely bad for the future of our country.


Ada pula yang bertanya kenapa BN tidak ambil peluang ini untuk membina Muafakat Nasional 2.0 bagi gabungan ummah di negara ini?


Bagi saya, (saya tidak mahu sentuh kepimpinan mahupun ahli-ahli secara peribadi) tetapi sebagai sebuah parti, PAS telah menunjukkan perwatakan yang sungguh tidak Islamik, malah menunggang agama Allah Yang Maha Suci untuk kepentingan dunia semata-mata.


Jangan juga lupa jika PH bergabung dengan PN, mereka memegang majoriti 2/3 di Dewan Rakyat. Mereka boleh pinda Perlembagaan Persekutuan. Kot mana kita nak lari?


Kita sudah kalah. We have to make the best of our circumstances.

383 views6 comments

Related Posts

See All

The country is ok.

From a Melbourne distance, I use to see Malaysia from the perspective of the lurid headlines and selected stories highlighted by vested interests on social media, whose focus is to destabilize our nat

bottom of page