NAJIB DAN ZAHID SEDANG TUNGGANG UMNO SEBAGAI PERISAI.
top of page

NAJIB DAN ZAHID SEDANG TUNGGANG UMNO SEBAGAI PERISAI.



Baca dan fahami betul2, ini keseluruhan cerita pelan mereka


Kedua mereka Najib dan Zahid berdepan pelbagai pertuduhan dan pendakwaan. Zahid dengan 87 pertuduhan dan Najib pula sudah dijatuhkan hukuman dengan 42 pertuduhan.


Najib dihukum 12 tahun penjara dan denda rm210 juta. Kesalahan mereka berdua hampir sama iaitu pecah amanah, rasuah, salah guna kuasa dan penggubahan wang haram.


Najib masih belum selesai kes 1mdb dan kes cukai LHDN. Masih panjang perjalanan kes Najib. Di Amerika sudah terbuka satu persatu pekung Najib dan rahsianya menyamun wang negara.

Mereka sedang menggunakan seluruh Umno sebagai perisai dan Pilihanraya sebagai senjata. Najib adalah pengerusi lembaga penasihat BN dan Zahid pula adalah Presiden Umno. Kuasa di tangan mereka diguna sepenuhnya untuk melepaskan diri mereka.


PRN Johor adalah pemula gerakan menekan PM9 untuk PRU. Najib dan Zahid licik. Jika umno menang PRN Johor pada 12 mac, maka momentum ini akan digunakan pada 16 Mac apabila Perhimpunan Agung Umno berlangsung. Ketetapan akan dibuat untuk menekan Ismail membubarkan parlimen.


Ismail tiada kuasa untuk menahan jika itu sudah menjadi ketetapan PAU. Ismail hanya Naib Presiden Umno. Tambahan PAU kali ini Zahid dan Najib bijak mengambil langkah awal dengan mendapatkan penangguhan ROS untuk pemilihan. Tiada pertandingan jawatan kali ini.


Zahid akan berkuasa sebagai Presiden Umno sehingga 22 Disember 2022. Dan semestinya peluang masa yang ada akan diguna untuk menekan PRU dalam keadaan Zahid masih Presiden.


Ini adalah langkah bijak kerana kuasa tandatangan watikah calon Umno untuk PRU ditangan Zahid dan watikah BN di tangan Najib. Jadi ini peluang akan mereka guna untuk mencantas sesiapa sahaja yang mereka mahu.


Antaranya calon bakal dicantas Hishamuddin Onn, Khairy Jamaluddin, Adham Baba, Halimah Sadique, Tajuddin Rahman, Shahidan Kassim, Zahidi, Annuar Musa, Mastura, dan mungkin Ismail sendiri.


Selama ini mereka ini kepalai tentangan arahan Zahid dan Najib seperti arahan menarik sokongan daripada menyokong Muhyiddin dahulu.


Mereka ini rasional dalam cuba membersihkan nama Umno. Najib dan Zahid pula hanya mahu menggunakan Umno melepaskan diri mereka. Berbeza ideologi mereka sejak kalah PRU 14.


Ini adalah cara mereka ketepikan suara yang menentang mereka. Dan Najib pula akan mengawal kewangan dan perbelanjaan PRU maka calon pro Najib akan diberi tempat. Ini menjawab persoalan mengapa kuda2 tua yang kalah PRU 14 asyik berkokok membela Najib.


Antaranya Khaled Nordin, Shahrir Samad, Puad Zarkashi, Nurjazlan Mohamad, Shabery Chik dan Rahman Dahlan serta beberapa orang lagi. Mereka berkokok untuk kekal relevan dan diberikan tempat sebagai calon.


PRU akan dibuat sementara Zahid berkuasa dan mampu mengawal Umno. Najib pula akan keluarkan berapa sahaja belanja untuk Umno menang. Mati hidup balik pun mereka mahu menang .


Dan jika menang pun mereka tidak akan menjadi PM. Mereka sedar mereka bermasalah. Mereka hanya akan mengawal Umno. Maka akan dilantik PM boneka yang mampu mereka kawal dan percayai.


Dalam senarai paling atas adalah Mohamad Hasan. Sebab itu Tok Mat ini terlalu lantang membela mereka berdua. Dan jika Tok Mat menjadi PM maka urusan melepaskan mereka akan berjalan.


Kembali kepada pemilihan umno 2023 jika Tok Mat Hasan berjaya lepaskan kes mereka maka Najib akan bertanding sebagai presiden. Dan Zahid akan bertanding Timbalan Presiden.


Jika menang mereka akan mengawal Umno hingga PRU sekali lagi. Dan waktu itu barulah mereka akan kembali di kerusi menteri dan Perdana Menteri.


Betapa licik dan jauh perjalanan permainan mereka ini. Sebab itu Umno dibodohkan mereka. Mereka kuat kerana 2 perkara. Kerana ada jawatan serta kuasa dan wang umno dipegang mereka.


Betapa licik dan bijak mereka menggunakan umno demi kepentingam mereka. Yang di bawah menyokong kerana takit "tertinggal kapal". Jika tertinggal maka peluang bina kekayaan akan hilang.


Masalah umno ini mudah. Isu yang menghimpit Umno adalah kes mereka ini. Yang lain tiada masalah. Rakyat akan menentang Umno selagi mereka berdua ini dan kroni kluster penyamun mereka masih bebas.


Umno akan diterima semula rakyat jika menolak mereka dan nampak usaha berubah, serik, insaf serta ambil pedoman dengan kekalahan.


Dan kerana mereka ini memudahkan kerja Muhyiddin untuk yakinkan rakyat. Tambahan Muhyiddin bawaan sistem kepimpinannya adalah telus, prihatin rakyat dan lebih berintergriti. Beliau sudah membuktikannya dalam pelbagai sudut.


Rakyat makin bijak tambahan PN juga akarnya parti Melayu, Islam dan lebih sederhana. Rakyat sudah muak dengan aksi mereka berdua ini. Tidak akan tenang negara jika sesiapa menjadi PM sekalipun selagi mereka tidak dilepaskan atau terus dihukum.


Mereka tidak fikir kesan perbuatan mereka terhadap negara. Pelabur tidak yakin kepada kita kerana penyamun ini masih di dalam kerajaan dan sentiasa membahayakan kestabilan kerajaan.


Seluruh dunia cop negara kita negara kuat rasuah ada wang semua jadi, negara penyamun berkuasa dan negara penipu rakyat. Najib sendiri pecahkan rekod dunia ke-4 terbesar jumlah merompak wang rakyat sendiri di dunia.


Jadi kita perlu fahami gerakan dan pelan mereka sebaiknya. Selamatkan Malaysia demi negara kita. Mereka ini muka tidak tahu malu dan menjijikkan.


Anonymous writer👆

764 views0 comments

Related Posts

See All

THE MALAY PROCLAMATION

Forget Mahathir, Anwar, Muhyiddin, Zahid or Ismail Sabri. Forget Umno, PAS or any other Malay political parties, institutions, NGOs or any Mat or Minah that proclaims itself or themselves to speak for

bottom of page