RAFIZI RAMLI
top of page

RAFIZI RAMLI






BIODATA RAFIZI RAMLI


Lahir: 14 September 1977

Tempat Lahir: Besut, Terengganu

Membesar: di Kemaman dan Kuala Kangsar

Perkahwinan: Seorang isteri, seorang anak, seekor kucing


LATAR BELAKANG PENDIDIKAN


Pendidikan awal @ Sekolah Rendah Sultan Ismail, Kemaman (1984 – 1989)

Kolej Melayu Kuala Kangsar (1990 – 1994)

Anugerah Carey/Bolkiah sebagai Pelajar Terbaik Keseluruhan

CareyAward

Pingat Emas Presiden Kesatuan Pelajar

Anugerah Pelajar Terbaik SPM 1994 (Fizik, Bahasa Melayu)

Anugerah Pelajar Terbaik SRP 1992

Johan Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri 1992 dan 1993 antara sekolah-sekolah berasrama penuh

Pembahas terbaik Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri 1992 dan 1993 antara sekolah-sekolah berasrama penuh

PPM

Johan Pertandingan Bahas Piala Sri Paduka Sultan Perak 1993

Presiden, Badan Revolusi Agama

Presiden, Pancaragam Tentera

Presiden, Persatuan Bahasa Melayu

Ketua Pengarang, The Malay College Magazine

Dianugerahkan biasiswa PETRONAS (Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik) dan ESSO (Geologi) sebelum keputusan SPM diumumkan

Morrison’s Academy, Scotland (1995 – 1996)

Anugerah AD Kippen, Pelajar Terbaik Fizik A-Levels 1996

Anugerah John Knox, Pelajar Terbaik Kimia A-Levels 1996

Pengawas

Orkestra Morrison’s Academy

Leeds University (1996 – 1999)


Anugerah Arthur Crabtree 1997, Pelajar Terbaik Tahun Pertama Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik

Ijazah Kelas Pertama (Tahun Pertama dan Kedua)

Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik


LATAR BELAKANG KERJAYA


Jeffreys Henry Chartered Accountants, London (1999 – 2003)

lulus semua peperiksaan akauntan bertauliah dengan Institute of Chartered Accountants in England & Wales (ICAEW) dalam masa 2 tahun

diterima sebagai ahli ICAEW pada 2003, selepas tamat tempoh minima latihan di firma perakaunan

diterima sebagai ahli Malaysian Institute of Accountants (MIA) pada 2003 apabila pulang ke Malaysia

Fellow ICAEW (FCA)

PETRONAS/MTBE Malaysia Sdn Bhd (2003 – 2005)

Pengurus, Propane Dehydrogenation Plant

Pengurus termuda semasa dilantik

PETRONAS/Pejabat Naib Presiden, Urusniaga Petrokimia (2005 – 2007)

Pengurus Kanan (Perancangan Perniagaan, Operasi dan Teknologi Urusniaga Petrokimia)

Pengurus Kanan termuda semasa dilantik

Bertanggungjawab menguruskan kumpulan urusniaga petrokimia PETRONAS dengan aset melebihi RM30 bilion

PETRONAS/Petronas Carigali Sdn Bhd (2007 – 2009)

Pengurus Kanan (Perakaunan, Belanjawan dan Percukaian Antarabangsa)

Bertanggungjawab menguruskan hal ehwal kewangan 51 anak-anak syarikat PETRONAS Carigali yang terlibat dengan operasi huluan di peringkat antarabangsa, membabitkan belanjawan tahunan melebihi RM20 bilion

Pharmaniaga Berhad (2009)


Pengurus Besar

Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor (2009 – 2012 )


Ketua Eksekutif

National Oversight & Whistleblowers Centre (NOW) (2012 – 2018 )


Pengasas dan Pengarah Eksekutif

Parlimen Malaysia (2013 – 2018 )


Ahli Parlimen mewakili Pandan

INVOKE (2016 – )


Pengasas – INVOKE adalah sebuah badan bukan berasaskan keuntungan yang membina kepakaran dalam bentuk teknologi dan aplikasi untuk membawa perubahan politik, ekonomi dan sosial

Selepas membantu calon-calon progresif memenangi Pilihanraya Umum 2018 dan menyumbang kepada perubahan demokratik yang pertama dalam sejarah Malaysia, INVOKE berubah menjadi syarikat pemula (startup) yang membangunkan produk-produk teknologi berasaskan sains data


PENGLIBATAN AKTIVISME MAHASISWA


Editor, The Mindweb iaitu makalah pelajar pra-universiti Malaysia di United Kingdom (1996)

Naib Pengerusi, United Kingdom Executive Council for Malaysian Students (UKEC) (1996 – 1997)

Pengerusi, United Kingdom Executive Council for Malaysian Students (1997 – 1999)

Pengerusi UKEC yang pertama mengetuai UKEC selama dua penggal berturut-turut

Pengerusi, Majlis Tindakan Ekonomi Pelajar Malaysia United Kingdom (1997 – 1998)

Bersama-sama mengeratkan kerjasama mahasiswa Malaysia di IPTA dan United Kingdom melalui kerjasama dengan PKPIM dan GAMIS (1998 – 1999)


PENGLIBATAN AKTIVISME REFORMASI/KEADILAN


Wakil Free Anwar Campaign (FAC) di Eropah, bertanggungjawab menjalankan kempen dengan Parlimen United Kingdom, Kementerian Luar UK dan Suruhanjaya Eropah (1999 – 2002)

Webmaster kedua dan kolumnis kepada FAC

Pengasas Keadilan Antarabangsa Eropah pada tahun 2001

Kolumnis Seruan Keadilan, lidah rasmi parti (2001 – 2003)

Webmaster laman Pemuda Keadilan (pemuda-keadilan.org) (2001 – 2003)

Timbalan Pengerusi, Biro Antarabangsa, Pemuda Keadilan (2001 – 2002)

Bendahari, Pemuda Keadilan (2003)

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Keadilan, ahli termuda dilantik pada ketika itu (2003)

dijemput untuk kembali aktif dengan parti pada tahun 2009

dilantik sebagai Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan Bendahari MPN Terengganu (2009)


PENGLIBATAN SOSIAL


Mengendalikan kursus kerjaya dan biasiswa kepada pelajar-pelajar sekolah menengah (2006 – 2009)

Mengendalikan kursus kerjaya dan jatidiri kepada pelajar-pelajar IPTA/PKPIM (2006 – 2008)

Jurulatih pasukan bahas Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, Kolej Melayu Kuala Kangsar (2004 – 2009)

Pengurus Mighty Ducks Project, projek hoki Kolej Melayu Kuala Kangsar (2007 – 2010)


JAWATAN PARTI


Ketua Cabang Kemaman (2010 -2018 )

Ketua Cabang Pandan (2018 – )

Pengarah Strategi Pusat (2010 – 2014)

Dipilih sebagai Naib Presiden Pusat (2014 – 2018)

Setiausaha Agung (2014 – 2016)

Bertanding Timbalan Presiden (2018)

Dilantik Naib Presiden Pusat (2018 – )

Bertanggungjawab menyusun langkah ke arah penubuhan Pakatan Harapan dalam tahun 2015

Ahli Majlis Presiden Pakatan Rakyat dan bersambung Pakatan Harapan (2010 – 2018)

243 views0 comments

Related Posts

See All
bottom of page