SEKARANG BANYAK ORANG SUDAH GILA
top of page

SEKARANG BANYAK ORANG SUDAH GILA




Tamrin Tun Ghafar


Jumaat - 01/07/22

( 1 - 26 )



1. 'Ini Semua Kerja Orang Gila ; Sekarang Banyak Orang Sudah Gila'


2. Komen Samy Velu , mantan Menteri dan Presiden Parti MIC dulu kini sudah lebih menyerlah seperti pepatah :


DAH TERANG

LAGI BERSULUH


3. Tak tahu bagaimana nak mulakan tulisan ini kerana Negara kini dipenuhi dengan ramai badut atau clown


4. Setelah sedar usaha menipu rakyat dengan mengata KING itu adalah rakyat , cubaan terbaru beliau bagi mengelirukan pemikiran Hakim - Hakim dan rakyat bagi mengelak diri dari merengkok didalam penjara ialah dengan mengata beliau TIDAK DITUDUH MENCURI tapi HANYA dituduh tidak memaklumkan Bank Negara transisi berbilion ringgit yang masuk kedalam akaun bank beliau


5. Zahid Hamidi pula disatu masa dulu pernah mengaku ibu bapa beliau lahir di Indonesia dan bersetuju dengan pemberita TV Indonesia bahawa beliau sememangnya 'balik kampung' setelah memaklumkan paman atau pakcik beliau adalah 'wali kota' Jogjakarta ( sila tonton klip video )


6. Dengan pengakuan tersebut Zahid telah berjaya menipu ahli - ahli UMNO yang memilih Jawa ini sebagai Presidennya ATAU mereka tidak peduli itu semua asalkan mendapat bayaran lumayan dan janji - janji manis


7. Sepatutnya Perwakilan UMNO memilih seorang tokoh yang lebih dinamik, berpengelaman dan waras seperti Tengku Razaleigh Hamzah tetapi rupanya Perwakilan telah dibeli


8. Kini UMNO terbahagi 2 kumpulan besar - satu kumpulan Naib Presiden yang kini Perdana Menteri dan satu lagi kumpulan Klaster Mahkamah yang diketuai Najib selaku Penasihat Barisan Nasional , dan Zahid , Presiden UMNO


9. Pendedahan Tajuddin Abdul Rahman , Ahli MKT yang dipecat baru - baru ini telah membuka pekong permainan kotor Zaid terutama Akaun Bersumpah atau SD yang ditandatangi menyokong Anwar Ibrahim , Ketua PKR sebagai Perdana Menteri sedangkan keputusan Sidang Perwakilan UMNO MENOLAK Anwar , DAP dan PKR


10. Ini bermakna Zahid telah memperdaya Perwakilan UMNO khususnya - terserahlah pada Ahli UMNO sama ada mempercayai londehan Tajuddin jika benar atau Zahid , yang majoriti kenal beliau sebagai kaki kelentong


11. Jika UMNO mahu berkuasa semula 3 manusia ini MESTI segera di kikis :


a. Zaid

b. Najib

c. Mat Hassan


mereka ini yang MEROSAKAN nama baik UMNO ; mereka MENGGUNAKAN UMNO hanya untuk kepentingan diri dan keluarga ; mereka akan terus MEROMPAK selain dari hendak melepaskan diri dari Sungai Buloh


12. Perwakilan dan sebahagian Ketua Bahagian SENANG DI BELI oleh mereka yang masih mempunyai wang yang bertimbun - ini lah nasib Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO yang dilahirkan pada 11hb Mei 1946 dahulu


13. UMNO dulu benar - benar berjuang untuk bangsa tapi UMNO sekarang berjuang untuk mengkayakan diri dan keluarga - syarahan mereka adalah retorik atau umpama tin kosong sahaja.


14. Kini rakyat susah dan menderita akibat kos sara hidup terus meningkat naik - yang kaya dan berada tak kira samada punca kekayan mereka dari wang haram yang dinikmati keluarga atau sebaliknya sedangkan yang miskin terus menderita


15. Negara kini seolah - olah TIADA Kerajaan dan Pemimpin ; rakyat hanya dipentingkan ketika Pilihanraya sahaja


16. Bantuan RM100.00 yang diumumkan tak ubah seperti memberi gula - gula kepada anak yang sedang menangis - apabila menangis lagi diberi pula aiskrim dan seterusnya


17. Yang PENTING ialah satu solusi jangka panjang untuk rakyat BUKAN solusi jangka pendek seperti yang dilakukan


18. Penyelewangan kuasa dan rasuah dilakukan hampir disemua peringkat seolah - olah ALLAH SWT tidak tahu dan tidak nampak apa yang dilakukan


19. Setelah merompak kebanyakan mereka berlumba - lumba ke Tanah Suci samada nak tunjukkan mereka bersih atau memohon ampun dari Yang Maha Esa , kemudian kerja rasuah akan dilakukan semula - itulah putaran yang berlaku tanpa segan silu


20. Dalam keadaan rakyat susah , Perdana Menteri sibuk menayangkan pakaian yang mahal - apakah beliau tidak tahu keperitan yang sedang dialami rakyat ? atau beliau tidak peduli apa orang kata


21. Kini SPRM tidak akan menyiasat mereka yang berkedudukan seperti Menteri atau mereka 'MEMILIH'


22. Potong saja lah 50% gaji dan allowance Perdana Menteri , Menteri dan Timbalan , dan dalam masa sama kurangkan jumlah Kabinet dan Timbalan yang begitu besar; itu jika Ismail berani , jika tidak , berundur sajalah sebelum dipecat seperti Mahiaddin dulu


23. Belum tentu UMNO/BN akan dapat 2/3 majoriti dalam Pilihanraya Umum yang bakal diadakan


24. Rakyat terpinga - pinga melihat gelagat 'pemimpin - pemimpin' mereka bercakaran sesama sendiri


25. Sudah sampai masa nya mereka ini dicampakan kesungai , dan menaikan mereka yang lebih dinamik dan ikhlas - masanya sudah sampai 'orang muda' diberi peluang menerajui Negara tapi buat sementara perlu di bimbing oleh orang yang banyak pengalaman


26. KATA - KATA SAMY VELU ITU ADA KEBENARAN NYA - 'SEKARANG BANYAK ORANG SUDAH GILA'



Wassalam

Terima Kasih

736 views4 comments

Related Posts

See All

THE MALAY PROCLAMATION

Forget Mahathir, Anwar, Muhyiddin, Zahid or Ismail Sabri. Forget Umno, PAS or any other Malay political parties, institutions, NGOs or any Mat or Minah that proclaims itself or themselves to speak for

bottom of page