TUHAN MELIHAT
top of page

TUHAN MELIHAT




Oleh Norman Fernandez

———————————————


Tuhan melihat segala semua yang kita lakukan.


Apabila kamu mengangkat dan menjulang perasuah dan apabila kamu bersorak melaung nama dan meraikan kedatangan mereka yang ternoda dengan rasuah dan apabila kamu berarak dan berjalan bersama dengan mereka yang terpalit dengan rasuah dan apabila kamu berebut untuk bersalaman dan bersyukur gembira dapat bertemu dengan mereka yang bergelumang dengan rasuah, yakinlah Tuhan telah melihat semua apa yang kamu lakukan.


Percayalah ! dimata Tuhan, kamu dilihat tidak menjauhi dari mereka yang salah rasuah. Dimata Tuhan, kamu dilihat tidak menghina mereka yang terlibat dengan rasuah. Dimata Tuhan, kamu tidak dilihat memandang perasuah sebagai jijik.


Yakinlah ! Dimata Tuhan, kamu bersekongkol dengan mereka. Dimata Tuhan kamu dilihat bersyubahat dengan mereka. Dimata Tuhan kamu adalah mereka. Berkatkah keesukkan hari kamu dan keluarga?


Sedarlah ! Apabila hati kamu tergerak untuk mengundi mereka. Apabila tangan kamu memangkah mereka, kamu juga sudah menjadi sebahagian dari mereka.


Percayalah ! Bila anda undi untuk mereka, kamu telah mengaminkan kebejatan mereka dan kamu telah menerima mereka sebagai saudara kamu.


Percayalah ! Tuhan telah melihat dan percayalah bahawa kamu tidak akan terlepas dari balasan Tuhan.


Yakinlah ! Kamu menanggung dosa bersyubahat dan sekongkong dengan mereka yang kamu sendiri sudah tahu dan sah terpalit dengan noda rasuah.


Jauhilah dari mereka. Apabila tangan anda memegang kertas undi, ingat ! Tuhan melihat. Anda ada pilihan tapi memangkah undi untuk yang terpalit dengan rasuah dan mereka yang seangkatan untuk kemenangan mereka bukanlah pilihan.


Sedarlah ! Tuhan sedang lihat dan apabila kamu memangkah mereka, Tuhan telah melihat kamu adalah sesaf dengan mereka.


Insaflah segera. Jauhi dari mungkar. Janganlah menangung dosa.


Muhasabah diri. Jauhi diri dari mereka. Jangan undi mereka. Takutlah pada Tuhan. Ingat! Tuhan melihat.


Apakah kamu tidak takut?


6/3/22

466 views0 comments

Related Posts

See All

The country is ok.

From a Melbourne distance, I use to see Malaysia from the perspective of the lurid headlines and selected stories highlighted by vested interests on social media, whose focus is to destabilize our nat

bottom of page