UMNO : Saya ‘bukan tidak sayangkan UMNO tetapi saya lebih sayangkan orang Melayu’
top of page

UMNO : Saya ‘bukan tidak sayangkan UMNO tetapi saya lebih sayangkan orang Melayu’

Kenapa saya komen UMNO sahaja.


1. Saya bukan askar upahan UMNO. Saya di luar baris.. Tidak ada orang yang jemput saya berdiri dalam Barisan.


2. Saya pergi dan balik meninjau politik dan PrN di Melaka.. Tidak ada orang UMNO yang mengajak saya berbual dan minta bantuan atau nasihat keahlian saya dalam bidang pemasaran dan komunikasi politik.


3. Saya masih berpegang kepada tunjuk ajar dan didikan emak saya. ‘Kamu betulkan dahulu rumah kamu. Pastikan dia kemas, bersih dan teratur. Yang penting bilik air kamu (jamban) jangan sampai berlumut’.


4. UMNO ini di luar memang cantik. Hanya orang yang tinggal dalam rumah itu sahaja yang tahu keadaannya. Antara yang ada dan tinggal dalam rumah itu adalah saya.


5. Di sinilah masalahnya.. Rumahkah yang salah atau yang tinggal dalam rumah yang salah? Jika saya menegur, mereka tidak mahu dengar. Ini budaya dalam UMNO sejak abad 21 ini.. Dahulu tidak.


6. Bila saya di anggap sebagai orang luar dan menumpang dalam rumah itu, kepada saya rumah itu tidak ada salahnya. Salah ker saya menegur supaya diperbaiki mana rosak?.


7. Hari demi hari munafik kita kerana Melayu sudah terhidu dikalangan rakyat. Sampai bila kena hendak berbohong? Kepada orang Melayu? Satu hari mereka akan tahu juga dan akan meninggalkan rumah bertuah ini.


8. Berubahlah pemimpin Melayu dalam UMNO. Jadilah kita keluarga besar UMNO dengan tidak memperdulikan ‘siapa’. Cuba panggil saya dan arahkan saya buat, Tengok saya buat atau tidak.


9. Janganlah salahkan saya.. menjadikan saya ‘hantu tidak bertuan’ tapi saya masih sayangkan UMNO. Kamu.. saperti Najib Razak yang hipokrit. Zahid Hamidi. Tok Mat Hassan.. Ada kamu minta saya datang jumpa kamu semua. Sebab saya orang kecil. Kena jumpa orang besar. Saya tidak buat kerja ini.


Memang saya mengharapkan BN/UMNO kalah di PrN Melaka. Kerana saya nampak UMNO tidak pernah Musahabah dirinya walau sudah kalah teruk di PrU ke 14. Masih berperangai lama. Itu cara terbaik untuk terbiyah mereka ini.


Harap jika berlaku kekalahan di Melaka ini, benar-benar UMNO akan berubah untuk generasi akan datang. Saya tidak ada masalah di pecat kali ketiga. Saya ‘bukan tidak sayangkan UMNO tetapi saya lebih sayangkan orang Melayu’ yang terus berpecah yang bermula dari sikap pemimpin. UMNO. -zmy


Catatan: Bukankah ini semua bermula dari sikap ego dan pentingkan diri pemimpin UMNO.


1. PAS ditubuhkan kerana PEMIMPIN UMNO tidak mahu UMNO memakai garis Islam. Jadikan Malaya negara Islam.


2. PKR ditubuhkan kerana PEMIMPIN UMNO mahu pertahankan pangkat dan jawatan dari ‘saya tidak penting tetapi UMNO itu penting’ tidak terpakai kepada pemimpin UMNO.


2. PPBM atau Parti Bersatu di tubuhkan kerana PEMIMPIN UMNO tidak mahu menerima hakikat rasuah, dan sebagainya dan menyalahguna kuasa.


Anda boleh berkongsi tulisan ini.


Sang Kelembai

November 8, 2021

Kuala Lumpur.




218 views1 comment

Related Posts

See All
bottom of page