Without Fear or Favour.
top of page

Without Fear or Favour.



UCAPAN KETUA HAKIM NEGARA PADA MAJLIS MENGANGKAT SUMPAH JAWATAN DAN TAAT SETIA HAKIM MAHKAMAH TINGGI PADA 27.04.2022

YAA Tan Sri Rohana binti Yusuf, Presiden Mahkamah Rayuan; YAA Tan Sri Dato’ Sri Azahar bin Mohamed, Hakim Besar Malaya YAA Tan Sri Dato’ Abang Iskandar bin Abang Hashim, Hakim Besar Sabah & Sarawak; YA Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, dan Mahkamah Rayuan; YBhg. Datuk Stephen Chung Hian Guan dan YBhg. Dato’ Prof. Madya Dr. Johan Shamsuddin Bin Dato’ Haji Sabaruddin, Anggota-anggota Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman;

Yg Berusaha Puan Karen Cheah Yee Lynn, Presiden Majlis Peguam Malaysia Yg Berusaha Puan Hasbi binti Hasan, Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia; Yg Berusaha Encik Qalam Zainuddin bin Sani, Setiausaha Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman; Para tetamu, pegawai-pegawai kehakiman, wakil-wakil media, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Assalaamualaikum wbt dan salam sejahtera.

[1] T erlebih dahulu marilah kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah swt kerana dengan izin dan limpah kurniaNya jua, dapat kita bersama-sama hadir di Majlis Angkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia Hakim Mahkamah Tinggi pada petang ini.


[2] Bagi pihak Badan Kehakiman Malaysia, saya ingin menjunjung kasih atas limpah perkenan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustain Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah al-Mustain Billah atas pelantikan:

  1. (i) YA Dato’ Sri Latifah binti Haji Mohd Tahar;

  2. (ii) YA Dato’ Amarjeet Singh a/l Serjit Singh;

  3. (iii) YA Datuk Duncan bin Sikodol;

  4. (iv) YA Tuan Muniandy a/l Kannyappan;

  5. (v) YA Dr. Shahnaz binti Sulaiman;

  6. (vi) YA Puan Evrol Mariette Peters;

  7. (vii) YA Tuan Christopher Chin Soo Yin;

  8. (viii) YA Tuan Ong Chee Kwan;

  9. (ix) YA Tuan Mohd Radzi bin Abdul Hamid;

  10. (x) YA Datuk Haji Aslam bin Zainuddin;

  11. (xi) YA Dato’ Julie Lack;

  12. (xii) YA Tuan Wong Siong Tung;

  13. (xiii) YA Tuan Leonard David Shim;

  14. (xiv) YA Tuan Nadzarin bin Wok Nordin;

  15. (xv) YA Tuan Quay Chew Soon;

  16. (xvi) YA Tuan Atan Mustaffa Yussof Ahmad; dan


(xvii) YA Tuan Anand Ponnudurai, sebagai Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi.

[3] Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob kerana telah menerima nama-nama yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman.

[4] Pada kesempatan ini, saya bagi pihak Badan Kehakiman ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada YA-YA Hakim Mahkamah Tinggi atas pelantikan ini, yang sudah tentunya menjadi detik bersejarah dalam kerjaya YA-YA.

[5] YA-YA baru sahaja mengangkat sumpah Jawatan dan T aat Setia. T erdapat tiga intipati penting yang terkandung dalam Sumpah Jawatan tersebut, iaitu: (i) untuk menjalankan kewajipan-kewajipan dengan jujur; (ii) untukmenumpahkantaatsetiakepadaMalaysia;dan

(iii) untuk memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaannya.

[6] Sesungguhnya, sumpah dan ikrar yang telah dilafazkan itu bukan sekadar suatu formaliti atau ritual tetapi adalah ikrar yang besar maknanya yang perlu dihayati dan dijadikan panduan oleh YA-YA dalam melaksanakan tugas seharian. YAA-YAA, YA-YA, Tuan-Tuan dan Puan-Puan

[7] Pelantikan Hakim Mahkamah Tinggi pada hari ini adalah berdasarkan prestasi yang telah dinilai oleh Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman mengikut kriteria- kriteria yang ditetapkan di bawah Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009.

[8] Kriteria-kriteria ini termasuklah integriti, kompetensi, mempunyai peribadi moral yang baik, tidak berat sebelah, ketegasan, kebolehan membuat penghakiman tepat pada masanya, kerajinan dan kebolehan untuk menguruskan kes dengan baik. Kriteria yang lain yang dipertimbangkan ialah tidak mempunyai lebih daripada tiga (3) penghakiman yang belum ditulis melebihi tempoh masa yang ditetapkan.

[9] Saya mengambil peluang ini untuk mengingatkan YA-YA bahawa pengesahan dan pelantikan YA-YA sebagai Hakim Mahkamah Tinggi pada hari ini bukanlah bermaksud YA-YA tidak lagi perlu tekun dalam melaksanakan tugas harian atau tidak lagi perlu menjaga tatakelakuan seperti ketika YA-YA belum disahkan atau dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi. Sebaliknya, dengan pengesahan ini, tugas dan tanggungjawab YA- YA kini adalah lebih besar untuk menjaga tatakelakuan selaras dengan Kod Etika Hakim 2009 dan untuk mendengar serta memutuskan kes-kes berlandaskan prinsip undang-undang yang betul dan mantap.

[10] Saya juga ingin mengingatkan YA-YA bahawa satu aspek penting tugas kehakiman ialah untuk menyediakan alasan penghakiman bagi kes-kes yang telah diputuskan. Memberi sebab atau alasan bagi keputusan yang dicapai adalah sama penting jika tidak lebih penting daripada

membuat keputusan itu sendiri. Sehubungan dengan itu, YA-YA perlu menyediakan alasan penghakiman dalam tempoh masa yang munasabah jikapun ia tidak dapat disediakan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Ini kerana, perbicaraan rayuan di Mahkamah Rayuan tidak dapat berjalan dengan lancar tanpa alasan penghakiman daripada Mahkamah Tinggi. Begitu juga rayuan di Mahkamah Persekutuan tidak dapat berjalan dengan lancar tanpa alasan penghakiman daripada Mahkamah Rayuan. Hadirin yang saya hormati,

[11] Kebelakangan ini, mahkamah berhadapan dengan kes-kes berprofil tinggi dan melibatkan kepentingan awam. Adalah menjadi lumrah bagi kita para hakim untuk menerima kritikan dan tohmahan daripada pihak yang terkilan dengan keputusan-keputusan mahkamah apalagi bagi kes-kes berkepentingan awam. Namun, apa yang berlaku dalam beberapa hari ini yang membabitkan tohmahan terhadap hakim dan Badan Kehakiman, pada pandangan saya, agak keterlaluan.


[12] Judges are by no means immune to public criticism and accountability to those they serve. We are all subject to scrutiny. That is why we write judgments so that they can be read, analysed, discussed and debated. In fact, the whole system of appeal is based on judges’ awareness of their own fallibility. Hence, citizens including politicians are, to a certain extent, free to criticise the Judiciary. However, that does not mean that it is open to citizens including politicians to level unfounded and scurrilous attacks against the Judiciary or a particular judge to further their own end.

[13] It is important to emphasise that the Judiciary is the last line of defence in a constitutional democracy and there must never be a suspicion that the Judiciary is captured.


[14] When a need arises for the Judiciary to be criticised, this should be done in a manner that is constructive and does not undermine its independence and public confidence in the Judiciary. No one should sow the seeds of doubts among the public concerning the integrity of the Judiciary or judges.

[15] Walau apapun, saya menyeru YA-YA agar tidak berputus asa dan lemah semangat dalam melaksanakan tugas selaras dengan prinsip undang-undang.

[16] Under no circumstances, should we falter. The integrity of the justice system and the independence of the Judiciary can never be compromised under any circumstances. Come what may, we must remain strong and resilient and be steadfast in upholding the Rule of Law. Whilst we cannot control the words or actions of some quarters who are bent on tarnishing or destroying the image of the Judiciary, it is within our control to ensure that no one meddles in our affairs. In other words, there can be no interference in the Judiciary if we judges do not allow that to happen.
[17] And, interference will not happen so long as cases are decided without fear or favour, without ill-will or motive, without any external or internal pressure and without regard to personalities. Public or popular views, do not matter. Cases are decided based on evidence led in court and based on established principles of law including the stare decisis. Whatever allegations and tribulations that confront us, these principles must be adhered to. Only if we adhere to these paramount principles are we worthy of being called judges.

[18] Justeru, kita hendaklah sentiasa berpegang kepada prinsip-prinsip yang disebutkan tadi, kerana itulah yang akan menentukan atau mencerminkan kejujuran kita dalam menjalankan kewajipan kehakiman dan juga menentukan Badan Kehakiman terus teguh dan dihormati.


[19] Akhir kata, saya sekali lagi mengucapkan tahniah dan syabas kepada YA-YA Hakim Mahkamah Tinggi yang baru dilantik pada petang ini. Saya percaya pelantikan ini menjadi suatu kebanggaan buat YA-YA dan keluarga. Semoga pelantikan ini menjadi pendorong kepada YA-YA untuk terus berbakti dan berkhidmat dengan penuh dedikasi dan kejujuran.

[20] Saya juga mendoakan agar YAA-YAA dan YA-YA semuanya dikurniakan kesihatan yang baik dan diberi kekuatan untuk terus melaksanakan tugas menegakkan keadilan dan memartabatkan Badan Kehakiman.

Sekian, Wabillahi taufik wal hidayah, wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

564 views1 comment

Related Posts

See All

THE MALAY PROCLAMATION

Forget Mahathir, Anwar, Muhyiddin, Zahid or Ismail Sabri. Forget Umno, PAS or any other Malay political parties, institutions, NGOs or any Mat or Minah that proclaims itself or themselves to speak for

bottom of page